Saturday, November 20, 2010

Peranan Guru Pemulihan Khas

  • Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )
  1. Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
  2. Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
  3. Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

  • Preskriptif ( Presciptive Role )
  1. Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
  2. Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan..

  • Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)
  1. Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
  2. Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

  • Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )
  1. Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  2. Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

  • Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )
  1. Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
  2. Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment