Sunday, November 21, 2010

Sepanjang Tahun 2010

Tahun 2010 merupakan tahun kedua aku mengajar murid - murid Pemulihan Khas di SKL1 . Banyak yang telah belajar sepanjang tahun 2010. Cabaran mengajar pon byk.. dengan murid seperti atan dan jepri yang br mendaftar menambah lagi cabaran aku..mula - mula aku bedebar nak ngajar mereke tp aku kuatkan semangat.

aku jugak dpt sorg muird thn 5 yang tak pernah bersekolah . . amat laa besar tanggungjawab aku..hahah..

kenangan yg sedih pada aku bile aku dapati hamdan semakin menurun ... aku jd pelik sbb dulu die ok laa tp tibe tibe mundur plak.. aku  jd sedih.. aku citer kat GB yang aku sedih dgn kejadian tuh.. apakah yg aku buat kurang? kurang ABM? kurang ilmu ker aku bg? apa salah aku budak ni jd mcm nie... tp sume ni bukan bergantung pada guru semata mata.. ibu bapa juga memainkan peranan dalam pembelajaran anak anak.. ibu bapa perlu memastika anak anak mengulang kaji pelajaran di rumah wlpon 30 min 1 hari.. tp ibu bapa masa kini kurang memberi perhatian kepada anak anak mereka .. mereka menyerah sepenuhnya tanggungjawab kepada guru.. jika kemalangan semakin meningkat di Malaysia , guru jgk kene ajar PKJR(pendidikan keselanatan jalan raya) . . berat btul tanggungjawab guru sebenarnye.. kami sbg guru memikul dgn penuh ikhlas tp ibu bapa perlu memahami tugasan seorg guru.. emo la plak aku ni..hahah.. kembali pada citer aku td..hihii...

tau tau je thn dpn hamdan pindah sek.. selamat maju jaya laa sek br hamdan .. =)

aku pon sgt berbangga dengan anak murid aku.. sheila namaya.. die ms thn 2 amat lemah .. byk kali gak kene dgn aku..huhuhu.. tp thn ni die meningkat.. wlpon lmbt tp die menunjukkan perubahan yg besar..
alhamdulillah . . 


terdapat jugak kenangan manis ketika mengajar budak budak ni.. pada ujian formatif 4, 2 anak murid aku dapat tempat pertama dan kedua.. ini sangat membuat aku berbangga dengan pencapaian anak anak aku..
inilah hasil semua guru .. =)


tahun ni gak membuat lawatan sambil belajar ke zoo . . aku rs seronok sgt dpt ngk anak anak aku berlari bebas dan bergembire ms kat zoo.. mereka rasa bebas sgt.. bebas utk memberi pendapat.. lawatan ini memberi peluang mereka keluar dr persekitaran sekolah..
P&P bukan saja di sekolah kan?? huhuhu...
Murid murid sgt seronok sampai muntah dalam kete aku..hahahahahh....
lawatan seperti ini akan dikekalkan pada ms akan datang....insyaALLAH..


aku jugak telah mencadangkan kepada GB supaya memberi anugerah pencapaian terbaik program pemulihan khas 2010 kepada murid murid aku iaitu thn 2 & 3..dengan adanya kategori ni dalam majlis anugerah cemerlang SKL1 , memberi peluang kepada murid murid pemulihan naik ke pentas menerima penghargaan atas pencapaian selama 1 thn di dalam kelas pemulihan khas..  ini akan meningkatkan rasa kenyakinanan diri mereka..
takde laa diorg ni merendah diri jer.. dan takde laa budak pandai je yang amik adiah ms anugerah cemerlang..
anugerah pencapaian terbaik ni jugak membuka mata murid - murid kelas CERDAS yang mereke ni ade peluang utk tampil menerima hadiah..hahahahah... cikgu cikgu SKL1 amat bangga dengan kamu ... nak nak cikgu shidah laa.... =)


saya pon dah buat sistem bintang dlm kelas .. setiap kali murid buat kerja dengan baik..  mereka akan terima bintang.. ini membuat mereka bersemangat membuat kerja.. aku nmpk perubahan positif pada anak anak aku.. dan pada hari terakhir sek , aku pon bg hadiah kepada murid yg mendapat bintang paling byk,, seronok sgt budak budak tuh.. huhuhuh...


InsyaALLAH pada tahun 2011 , cikgu akan mencuba dengan lebih baik.. cikgu akan cr aktiviti yg menarik supaya P&P lebih seronok.. doakan saya yer . .;-)

No comments:

Post a Comment